Tuesday 5 March 2013

SABAH SARAWAK MILIK MALAYSIA

Kalau dulu time sekolah subjek aku menyampah adalah sejarah sebab banyak fakta yg perlu dihafal..Maklum la nk bace buku ni memang xbest, mengantuk jadinye...Apabila timbul isu lahad datu ni aku mcm seronok nk mengetahui sejarah tentang sabah or sarawak..sebab aku takut betul ke milik org lain..bukan malaysia... semua ni adalah kerana aku sayangkan malaysia..

Keadaan di Borneo semakin mengelirukan apabila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk membuat campurtangan dan memulakan rundingan-rundingan antara Malaysia dan Rejim Sulu, tetapi pada masa yang sama, menyeru supaya kerajaan Filipina dikecualikan dalam rundingan yang bakal dibuat.

Yang amat mengelirukan sekali kerana Nur Misuari telah mendesak Najib supaya berhenti hantar tentera ke Sabah kerana dia (Nur Misuari) dan pengikutnya merupakan pemilik mutlak Sabah dan SARAWAK. Dia berkata kedua-dua negeri Malaysia di Borneo tersebut merupakan hartanah asal moyangnya.

Setahu saya, Sarawak satu masa dahulu merupakan sebahagian daripada Empayar Brunei. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah yang bermula pada tahun 1485, empayar ini dijulang kepada taraf ‘Golden Age’ sehingga dapat menjadi salah satu daripada kuasa di Kepulauan Melayu. Saya amat kagum dengan Sultan Bolkiah kerana beliau sering merantau untuk mencari idea-idea baru yang akan dikaji secara terperinci sebelum melaksanakannya dalam wilayahnya. Dengan adanya sultan yang mulia sebegini, Brunei berkembang pesat menjadi empayar yang luas sehingga berjaya memegang hampir semua Borneo dan beberapa bahagian Filipina, terutamanya kepulauan Mindanao. Pada pendapat saya, Nur Misuari sedang mengisytiharkan bahawa dia adalah salah satu dari turun temurun Kesultanan Borneo.

Kalau benarlah kenyataan Nur Misuari, jadi Malaysia sepatutnya serahkan kembali Sarawak kepada Nur Misuari. Saya amat kecewa dengan Najib Razak kerana gagal memberitahu Nur Misuari bahawa pada tahun 1841, semasa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddien II, Kesultanan Brunei telahpun menyerah Sarawak kepada James Brooke, sebagai ganjaran kerana telah membantu kesultanan tersebut berperang dengan lanun dan pemberontakan. Jadi di sini, Sarawak sebagai Kesultanan Brunei telahpun terjunam menjadi Kingdom of Sarawak dibawah naungan (protectorate) British. Yang juga bermakna, disini Kesultanan Brunei tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengambil Sarawak semula. Dan tibalah masanya pada tahun 1946, naungan berusia 105 tahun ini menjadi jajahan, sehinggalah tahun 1963, apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaya dalam pembentukan Malaysia.

Maaf, Nur Misuari, Sarawak merupakan kawasan dalam kedaulatan Malaysia sekarang. Bukan Kesultanan Brunei lagi, atau Rejim Sulu. Begitu juga dengan Sabah, jika kita kaji berkenaan dengan negara tersebut, memang benar Bahagian Timur Sabah pernah menjadi kawasan Kesultanan Sulu, kerana bantuan yang diberi kepada Sultan Muhyiddin semasa Perang Saudara Borneo yang berlangsung selama 13 tahun. Tetapi, hanyalah bahagian Timur sahaja.

Biar saya terang secara sepenuhnya. Pada tahun1848, British menjadikan Labuan sebagai tanah jajahan selepas mendapatnya dari Sultan yang sama, Omar Ali Saifuddien, dua tahun sebelumnya. Kesultanan Sulu juga pernah membuat perjanjian bersama Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam usaha British untuk menjadikan pusat perdagangan, tetapi gagal. Kemudiannya, wujud usaha demi usaha, sehinggalah hak milik Borneo Utara jatuh ke tangan Alfred Dent dan pada tahun 1882, termaktubnya perkembangan mutlak jajahan British yang menukar Sabah menjadi ‘North Borneo, Protectorate of United Kingdom’, dan Sandakan sebagai ibu negeri pada tahun 1883.

Kemudian wujud mula masalah antara British dan Sepanyol, tetapi Protokol Madrid 1885 telah mengisytiharkan kedudukan dan kedaulatan Sepanyol di Kepulauan Sulu, tetapi pengekalan North Borneo sebagai naungan British.

Sabah, dibawah North Borneo, juga tumpas ke tangan Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Jadi mudah saya hendak sampaikan disini, Rejim Sulu yang kini sedang menjadi pengganas dan penjajah sudah kehilangan hak dan kedaulatan. Sabah adalah hak milik Malaysia. Dan kenyataan Misuari benar-benar menunjukkan penipuan yang besar apabila dia berkata dia hanya mahukan keamanan, tetapi pada masa yang sama, telah mencetus kematian yang agak besar dalam mata rakyat Malaysia. Dan jawapan saya untuk kenyataannya, ‘konflik sabah boleh diselesaikan secara persaudaraan ... untuk kepentingan terbaik semua orang’, KELUAR DARIPADA SABAH.

Kami tidak akan lepaskan Sabah dan Sarawak. Anda telah kehilangannya semasa British dahulu. Sila isytiharkan perang kepada United Kingdom sebelum mengganggu ketenteraman kami.

Monday 4 March 2013

SABAH DAN KESULTANAN SULU



Aku xpaham dengan situasi di lahad datu...anggota polis mati disana..pertumparan darah telah berlaku...kenapa polis,kenapa x askar?...dan ape yang aku bace di entry dalam facebook,pendapat yg cuba dihuraikan..


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?
  • Persoalan Kenapa polis tak tentera? 
  1. jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
  2. Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
  • Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna 
  1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
  2. Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
  3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
  4. Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
  • Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. 
  • Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.
  • Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.


Apabila aku search di youtube.Malaysia membayar sejumlah wang kepada kesultanan sulu..adakah sabah disewa?kesultanan sulu nk claim sabah kerana xcukup duit yg dibayar?....



Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.

Jika kita bandingkan Brunei & Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya. Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei? Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah & Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia.

Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.



Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia? Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-





Jika dokumen bayaran diatas & dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah.Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah? atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan.


Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.
Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkanoleh British bagi membangunkan negara mereka.


Jika benar kedutaan masih terus membayar “fees” kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.
Jika rujuk kenyataan Kesultanan Sulu jelas menunjukkan sejarah yang tersurat dan bagaimana Sabah jatuh ke tangan Malaysia.

SABAH IS AN ISSUE BETWEEN LESSOR LANDLORD
(THE SULTAN OF SULU)
AND ILLEGAL TENANT (MALAYSIA)
Sabah or North Borneo and the island of Palawan including Spratly islands were bestowed as gifts eternal to the Sultan of Sulu by the Sultan of Brunei in 1658 in gratitude for the military assistance of the Sultan of Sulu to avert a civil war in Borneo. Thus, since that time, Sabah became a property of the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu. Sabah’s problem is that illegal Tenant Squatter (Malaysia) squatted on the property and sovereign patrimony of the Sultan of Sulu the original Owner of Sabah since 1658 to this day

In 1878, HM Sultan Jamalul Ahlam Kiram (The Sultan of Sulu & The Sultan of Sabah), as the legitimate owner, leased Sabah to a British company of Gustavus Baron de Overbeck and Alfred Dent for their use and their heirs for an amount of 5,000 Mexican dollars or 5,000 pieces of 8 in gold per year (which is equivalent to over US$20 million today per year) but this Perpetual Lease prohibits the transfer of Sabah to any nation, company or individual without the consent of His Majesty’s Government (“Government of the Sultan of Sulu”). The transfer of Sabah by Great Britain to Malaysia in 1963 constituted a “breach” of the provisions of the 1878 Lease as the Government of the Sultan of Sulu did not consent to the transfer to Malaysia. As a point in law, Sabah must and should be returned to the Lessor or owners; i.e., the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu.

”Perpetual Lease” means that the lease or rental agreement was not eternal but it was only “perpetual” or continuous to the original lessees or renters for as long as the Original Lessees were alive but de Overbeck and the 2 Dent Brothers were long dead so this Perpetual Lease no longer existed thus Sabah should revert and should be returned to the Sultan of Sulu as Lessor Landlord Owner and should NOT be illegally occupied by Malaysia.


Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar kadar “fees” yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.

Diharap isu ini ditangani dengan sempurna..jgn ada pertumpahan darah lagi.Aku doakan pejuang2 negara kita selamat.I love malaysia