Wednesday 5 September 2018

Sukan Akar Umbi

assalamualaikum...
Tgk pada tajuk entry aku ni, aku nk buat coretan ketidakpuasan hati aku mengenai sukan akar umbi ni..Apa yang aku maksudkan bukanlah perancangan sekolah mengenai sukan2 ini xbagus, cuma dari segi perjalanannya sahaja.
Kita sedia maklum semua sekolah2 mempunyai perancangannya tersendiri diatas saranan dr kementerian berwajib bagi mencungkil bakat2 anak2 kecil ini supaya kita dapat melahirkan jaguh2 bagi mewakili negara dan mengharumkan negara.
Kita berbalik pada maksud sebenar entry ini, aku nak ceritakan serba sedikit apa yg terjadi pada anak aku.Anak aku ni jenis yang hyper aktif.Dari kecik dah nampak aktifnya tu.Kadang2 boleh buat org hilang sabar.Sebab tu aku bagi bini aku yang jaga(jd suri rumah), bukan pengasuh yg bela.Silap2 kena dera je ari2.
Anak aku ni banyak juga sukan yang dia sertai..Antaranya sukan lari,lompat jauh,futsal, bolasepak dan rugby.Buat masa ni dr darjah satu sampai sekarang ni darjah 4, sukan yang dia wakil sekolah adalah lompat jauh dan rugby.Image result for cartoon rugby
Baru2 ni anak aku terpilih untuk pergi bertanding rugby,jd balik kerumah dia mintaklah salinan surat beranak dan duit rm30.So aku tanya lah untuk apa duit tu.Dia cakap cikgu bagitahu untuk pendaftaran dan makan minum.
Persoalannya disini perlukah bayaran dikenakan kepada murid2 yang mewakili sekolah tersebut untuk bertanding.Dimanakah peruntukan bagi pembangunan akar umbi ini.Aku dulu pernah sekolah jugak..Peruntukan ada untuk semua ni..Kalau x cikgu pun xnk terbabit dlm pembangunan akar umbi ini.Selain melahirkan atlet yg handal,ia juga mengharumkan sekolah tersebut.
Sekarang ini tahun 2018,xkan kita semakin kebelakang lagi.Kementerian berwajib perlu tgk dan kaji balik.Kalau peruntukan xsediakan mcm mana kita nak menggalakkan murid2 menceburkan diri dalam sukan.Kalau murid tersebut xmampu tp berbakat..Bukankah negara kan rugi.
Sekarng ni nak dapat baju pun susah.Tiap kali pertandingan pakai baju yg sekolah bagi dan dh abis dipulangkan semula.Kemon la, hargailah sikit perngorbanan murid tu.kalau menang adalah medal yg dibawa balik.Kalau xmenang ape yang diorg dapat..Dapat baju pun jadilah.Diorg abiskan masa trainning.Bila cuti diorg pergi bertanding, penat badan demi mewakili sekolah..
Sukan Malaysia xkan maju setanding negara lain klu masih ditakuk lama.Byk korupsi dan dipimpin para politician.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA(bukan kocek sendiri)

Thursday 30 August 2018

MOBILE GAME YANG AKU LAYAN

Setiap hp seseorang mesti ade game app yg install.Untuk kita layan time keboringan tahap melampaui batas..Untuk aku ade 2 je game app yg aku install..

1.Mobile Legend Bang Bang


Ini lagi satu game yang aku minat..game perang..game ni pun boleh tag team 4 orang..mmg layan abis .Bila menang akan disebut BOOYAH.Aku suka sgt game ni berbanding PUBG walaupun PUBG lg famous sebab game ni xmermerlukan line internet yang kuat, sensitivity lagi senang berbanding PUBG,(kepala aku xpening).
Game ni pun ade ranknye, tp aku xberapa kejar rank sekadar main yg  layan2 je..Anak aku pun layan game ni.Kadang2 tag team dengan anak je..Untuk game ni aku dh abis seratus lebih jugak, upgrade dan beli pakaian untuk aku dan anak aku..Ape2pun THUMB UP untuk 2 game kegemaran aku ni...

HARI RAYA HAJI 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA untuk tahun 2018..tahun ni aku join rewang korban sebelah bini aku..lepak jugak badan ni..tp seronok sebenarnye..

Lepas rewang ade plak sesi photoshot..layankan je la walau aku xberapa minat sebenarnye..


Friday 19 July 2013

SIMPANG RENGGAM PRISON JAMBOREE

Jamboree 1st yang aku berjaya hadiri..sebelum ni kat parit yani dah daftar tp dpt lak BRIM pada tarikh tu..Penat jugak jamboree ni tp berjaya habiskan tanpa masalah dr basikal aku..kira ok le tu...yg penting enjoy!!!!! hahahahhhaha..Lepas ni dh nk pose...berehat lame la dr berkayuh..basikal pn xservis lg sampai sekarang...


trek sejauh 38km

menunjukkan bukit yg didaki..
member2 seperjuangan

steady jer walau ade skit nervous

no basikal aku
berjaya menghabiskan saingan di tempat ke 801








Thursday 4 April 2013

ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA

Baru-baru ni berlangsung karnival astro fiesta mesra belia 1 malaysia di parit raja,batu pahat,johor..aku join gak dalam antara 1 event yg disediakan iaitu kayuhan sihat astro fiesta mesra belia 1 malaysia...






yg bestnye selain kepuasan berkayuh bermai-ramai..no flat aku bertuah untuk diumumkan sebagai cabutan bertuah..dapat la megi sebungkus,biskut sebungkus n air mineral sebotol..ok la dr yg xdpt ape2...hahahahha(dgn riaknye ku ketawa)