Wednesday 5 September 2018

Sukan Akar Umbi

assalamualaikum...
Tgk pada tajuk entry aku ni, aku nk buat coretan ketidakpuasan hati aku mengenai sukan akar umbi ni..Apa yang aku maksudkan bukanlah perancangan sekolah mengenai sukan2 ini xbagus, cuma dari segi perjalanannya sahaja.
Kita sedia maklum semua sekolah2 mempunyai perancangannya tersendiri diatas saranan dr kementerian berwajib bagi mencungkil bakat2 anak2 kecil ini supaya kita dapat melahirkan jaguh2 bagi mewakili negara dan mengharumkan negara.
Kita berbalik pada maksud sebenar entry ini, aku nak ceritakan serba sedikit apa yg terjadi pada anak aku.Anak aku ni jenis yang hyper aktif.Dari kecik dah nampak aktifnya tu.Kadang2 boleh buat org hilang sabar.Sebab tu aku bagi bini aku yang jaga(jd suri rumah), bukan pengasuh yg bela.Silap2 kena dera je ari2.
Anak aku ni banyak juga sukan yang dia sertai..Antaranya sukan lari,lompat jauh,futsal, bolasepak dan rugby.Buat masa ni dr darjah satu sampai sekarang ni darjah 4, sukan yang dia wakil sekolah adalah lompat jauh dan rugby.Image result for cartoon rugby
Baru2 ni anak aku terpilih untuk pergi bertanding rugby,jd balik kerumah dia mintaklah salinan surat beranak dan duit rm30.So aku tanya lah untuk apa duit tu.Dia cakap cikgu bagitahu untuk pendaftaran dan makan minum.
Persoalannya disini perlukah bayaran dikenakan kepada murid2 yang mewakili sekolah tersebut untuk bertanding.Dimanakah peruntukan bagi pembangunan akar umbi ini.Aku dulu pernah sekolah jugak..Peruntukan ada untuk semua ni..Kalau x cikgu pun xnk terbabit dlm pembangunan akar umbi ini.Selain melahirkan atlet yg handal,ia juga mengharumkan sekolah tersebut.
Sekarang ini tahun 2018,xkan kita semakin kebelakang lagi.Kementerian berwajib perlu tgk dan kaji balik.Kalau peruntukan xsediakan mcm mana kita nak menggalakkan murid2 menceburkan diri dalam sukan.Kalau murid tersebut xmampu tp berbakat..Bukankah negara kan rugi.
Sekarng ni nak dapat baju pun susah.Tiap kali pertandingan pakai baju yg sekolah bagi dan dh abis dipulangkan semula.Kemon la, hargailah sikit perngorbanan murid tu.kalau menang adalah medal yg dibawa balik.Kalau xmenang ape yang diorg dapat..Dapat baju pun jadilah.Diorg abiskan masa trainning.Bila cuti diorg pergi bertanding, penat badan demi mewakili sekolah..
Sukan Malaysia xkan maju setanding negara lain klu masih ditakuk lama.Byk korupsi dan dipimpin para politician.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA(bukan kocek sendiri)

No comments:

Post a Comment