Thursday 7 June 2012

Shinji Kagawa Sah Sertai Man United Dengan Nilai Perpindahan Bernilai RM59 Juta


Manchester United hari ini mengesahkan bahawa mereka sudah berjaya menandatangani bintang Jepun, Shinji Kagawa dengan nilai £12 juta (RM59 juta).
Namun perpindahan perancang tengah Borussia Dortmund berusia 23 tahun itu hanya akan dilengkapkan hujung bulan ini selepas dia lulus ujian perubatan dan mendapat permit kerja.
“Kami dengan gembira mengumumkan bahawa sudah pun mencapai persetujuan dengan Dortmund dan Kagawa untuk perpindahan ke kelab ini.
“Perjanjian ini hanya akan dilengkapkan selepas pemain ini lulus ujian perubatan dan mendapat permit kerja di United Kingdom. Semua ini dijangka selesai penghujung Jun ini,” kata kenyataan United, hari ini.
Kagawa dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Jerman 2010/11 meskipun terlepas hampir separuh musim akibat kecederaan.

No comments:

Post a Comment