Friday 29 June 2012

anak patung pada bumper belakang kenderaan





Trend terbaru yg mungkin kita perasan atau xpenah tgk lg...Ade segelintir pemilik kenderaan terutama anak muda la ye...xkn org tua plak yg nak buat bende2 cam ni lak..xlogik dek akal,atau tabiat nk mampos agaknye...hahahha

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.


Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud). 

 


Bagi aku yang memiliki kereta juga amat x berkenan dgn trend sebegini.burok bebenor.Sebelum ni trend tampal sticker bomb tu nak tergelak aku dibuatnye...
macam haram jadah  jer...hahahhahahaha 
Oleh sebab itu..moral yg aku nk sampai kan adalah jgn sampai kita buat sst yg mendatangkan syirik.Simpan anak patung dalam rumah pun malaikat xmasuk umah.Apa2pun niat mesti betul...

1 comment: