Monday 19 December 2011

Mood:gembira(gaji2)...

Pagi2 yg sejuk ni,tido memang mengasyikan...Ditambah lg ujan yg turun...Gi keje naik moto xujan lg,sekarang dh ujan ni camne nak balik...hari nie gaji lak tu,bayar hutang beb!!!Semalam tido kul 2am,layan game man city vs arsenal.Tak bleh harapnye arsenal,kalah lak...dah man utd duk no-2 balik..


Macam nie lah standings terbaru selepas perlawanan semalam...sebelum mengakhiri post tuk pagi ni layan berita nie....bagi aku biarlah main europa league je taun depan baru main UCL balik...mane tau bleh dpt cup ni,bkn selalu dpt main...try je la walaupun cup xsehebat UCL....

FIFA buka laluan buat United?

LONDON - Manchester United mungkin berpeluang kembali ke saingan Liga Juara-Juara.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak Switzerland dan semua kelab yang bernaung di bawahnya, bakal digantung FIFA kerana persatuan itu tidak mengambil tindakan terhadap FC Sion atas kesalahan menurunkan pemain-pemain tidak sah.
Jika ia berlaku, maka Basel akan disingkirkan daripada beraksi dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Justeru, pasukan bimbingan Ferguson mungkin dihadiahkan hak menggantikan Basel untuk bertemu Bayern Munich.
Sion yang sepatutnya dikenakan embargo perpindahan, bagaimanapun mengingkari hukuman tersebut dan telah membeli enam pemain.
Kesemua pemain 'haram' terbabit telah diturunkan hampir kesemua perlawanan liga Switzerland selepas mahkamah sivil memutuskan mereka layak bermain.
Lima daripada enam pemain terlibat juga beraksi dalam perlawanan menentang Celtic pada pusingan play-off Liga Europa.
Pentadbir FIFA telah memaklumkan kepada Switzerland supaya menghukum FC Sion sebelum 13 Januari depan.
Seorang jurucakap memberitahu: "Jika tarikh akhir ini tidak dihormati, FA Switzerland akan secara automatik digantung keahliannya bermula 14 Januari 2012."
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung kesudahan yang bakal menimpa Basel.
Namun, terdapat kemungkinan kekosongan yang ditinggalkan Basel akan diisi United selaku pasukan di tangga ketiga kumpulan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment